Wednesday, 21 September 2016

LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA









Bagi mempergiatkan lagi industri pelancongan, kerajaan khususnya perlu mengambil beberapa langkah bagi memperkenalkan Malaysia di mata dunia serta memajukan lagi industri pelancongan. Beberapa langkah seperti ;

          i)        Menjalankan promosi besar-besaran
          ii)        Menyediakan kemudahan asas   
          iii)       Mengekalkan keamanan

                                                                        
 Menjalankan promosi besar-besaran

Promosi merupakan aktiviti yang paling berkesan bagi memperkenalkan Malaysia kepada negera luar.Promosi ini dapat dilakukan melalui media massa di dalam negara dan diluar negara. Promosi tentang destinasi pelancongan yang menarik serta kebudayaan perlu dilaksanakan dengan komitmen. Sebagai contohnya, penggunaan internet dapat memastikan semua pelancong mengakses atau memperoleh maklumat berkenaan dengan destinasi dan aktiviti  pelancongan yang menarik di Malaysia.Seperti yang kita ketahui bahawa, internet merupakan jaringan komunikasi yang amat penting dalam era globalisasi kini.Ini adalah kerana, sesiapa sahaja atau dimana sahaja kita dapat mengakses maklumat menggunakan rangkaian internet.
Selain melalui rangkaian internet, kerajaan juga dapat mempromosikan Malaysia melalui karnival pelancongan.Karnival pelancongan ialah salah satu kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita sebagai destinasi pelancongan.Dalam karnival ini, banyak perkara yang dapat diketengahkan seperti menyediakan pakej-pakej pelancongan yang kompetetif kepada masyarakat antarabangsa.
Begitu juga, mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia dengan lebih berkesan dan melibatkan lebih banyak penyertaan sekaligus menggalakkan pelancong datang ke negara kita dengan lebih besar bilangannya.Selain mengadakan karnival besar-besaran, Malaysia juga boleh mempromosikan Negara dimata dunia dengan menggalakkan para pelancong datang melawat ke Negara melalui Tahun Melawat Malaysia.Kempen ini perlulah dilakukan sepanjang tahun dengan membuat pelbagai acara seperti memperkenalkan kebudayaan serta sukan-sukan yang dimainkan di negara Malaysia.Sebagai contohnya, bagi sukan-sukan yang amat digemari oleh rakyat Malaysia ialah sepak takraw, bermain gasing, congkak, layang-layang dan sebagainya.Ini dapat membuka mata para pelancong supaya mereka berasa berminat untuk turut serta dalam acara tersebut.Promosi ini dapat dijayakan dengan penyertaan oleh badan-badan kerajaan dan swasta.
Program seperti Cuti-Cuti Malaysia juga perlu kerap dijalankan kerana bukan sahaja menumpu kepada para pelancong luar negara malah dari dalam negara juga.Ini membolehkan kemajuan yang berterusan dalam industri pelancongan dengan adanya sokongan daripada luar dan dalam negara.Contoh yang amat ketara sekali adalah Rainforest World Music Festival yang dianjurkan oleh negeri Sarawak pada setiap tahun.Rainforest World Music Festival merupakan salah satu aktiviti yang mempromosikan negara di mata dunia dan sekaligus memajukan industri pelancongan. Melalui aktiviti ini, semua peserta daripada luar negara akan turut serta dalam festival ini. Festival ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai muzik daripada pelosok dunia.

    Menyediakan kemudahan asas

Kemudahan-kemudahan asas yang penting seperti kemudahan jalanraya, sistem pengangkutan, tempat-tempat penginapan yg mencukupi, tempat makan, tandas awam dan sebagainya perludisediakan kepada para pelancong.Dengan adanya kemudahan prasarana yang lengkep serta selesa, ini akan menggalakkan lagi para pelancong untuk mengunjungi Malaysia. Ini adalah kerana, ia akan membolehkan para pelancong untuk bergerak serta sampai ke destinasi yang hendak dituju. Sebagai contohnya, negara Malaysia mempunyai pantai serta pulau yang amat cantik dan ini tidak dapat disangkal lagi kerana khazanah buminya yang istimewa. Oleh yang demikian, kerajaan perlu memberi sokongan padu kepada agensi pelancongan, sektor pengangkutan serta perhotelan dengan menambah feri-feri, bot-bot, chalet-chalet, hotel-hotel bagi memberi kesenangan kepada para pelancong untuk mengelakkan kesesakan

    Mengekalkan keamanan dan keselamatan

Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni.Keamanan perlulah sentiasa dipelihara untuk menggalakkan lagi para pelancong untuk berkunjung ke Malaysia. Jika sesebuah Negara adalah dalam peperangan maka, para pelancong tidak akan datang untuk berkunjung dan ini akan membahayakan nyawa mereka sendiri. Seperti yang diketahui bahawa, Malaysia mempunyai masyarakat majmuk dan setiap kaum mempunyai cara hidup yang berbeza. Namun begitu, Malaysia berjaya mengekalkan keamanan negara semenjak merdeka lagi pada tahun 1957. Ini dapat dibuktikan apabila, masyarakat yang berbilang kaum saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa adanya persengketaan antara mereka. Keamanan yang telah dicapai sehingga kini sekaligus membantu memajukan industri pelancongan kerana para pelancong akan berasa selamat untuk berkunjung di Malaysia tanpa rasa was-was.
Keselamatan juga amat penting dalam sesebuah negara untuk mengelakkan ancaman daripada dalam serta luar negara.Keselamatan negara telah dikawal rapi oleh pihak Polis Diraja Malaysia serta Tentera Diraja Malaysia bagi mengawal keselamatan negara kita serta menjamin keselamatan para pelancong. Ini adalah kerana, kita mudah lupa akan segelintir masyarakat kita yang mudah mengambil kesempatan terhadap para pelancong. Oleh yang demikian, rondaan serta pemantauan haruslah kerap dilakukan untuk mengelakkan dan menangani masalah jenayah ke atas para pelancong.Kejadian-kejadian jenayah seperti meragut, membunuh, merogol, mencabul kehormatan atau penipuan sering kali terjadi.Maka, Unit Keselamatan Pelancong perlulah ditubuhkan untuk mengurangkan risiko-risiko jenayah dan sekaligus dapat menjaga keselamatan para pelancong. Sehubungan dengan itu, para pelancong akan lebih selesa dan selamat untuk berkunjung di Malaysia tanpa rasa ketidakselesaan.


No comments:

Post a Comment