Wednesday, 21 September 2016

HALANGAN – HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH INDUSTRI PELANCONGAN

Dalam kita berusaha mewujudkan serta membangunkan negara, kita juga telah menghadapi pelbagai halangan dalam industri pelancongan. Beberapa halangan telah dikenalpasti seperti berikut ;

i)       Ketidakstabilan Politik Negara
ii)     Pencemaran Alam Sekitar
iii)    Isu Moral Pelancong
iv)   Pencerobohan Sempadan

     Ketidakstabilan Politik Negara

Jumlah pelancong yang melawat ke negara ini akan berkurang dari masa ke semasa sepanjang ketidakstabilan politik itu berlaku. Kekurangan jumlah pelancong ini berkait dengan keselamatan pelancong yang tidak boleh dijamin keselamatannya.Oleh yang demikian, impak yang paling ketara apabila ini berlaku ialah terhadap industri pelancongan.Selain itu, ketidakstabilan politik juga menyebabkan imej negara turut terjejas. Ramai pelancong tidak akan melancong ke negara ini dan secara langsung mereka akan mempengaruhi rakan-rakan mereka yang lain dengan menceritakan pengalaman mereka sendiri. Imej negara ini juga dikhuatiri akan berlanjutan dalam tempoh yang lama walaupun kestabilan politik telah dicapai disebabkan imej buruk yang telah terjejas. Jelaslah, politik yang tidak stabil akanmemberi kesan yang negative kepada industri pelancongan. Pendapatan negara daripada sumber pelancongan akan terus menurun.Jadi, ketidakstabilan politik memang membawa impak buruk terhadap sektor pelancongan negara. Isu-isu dalaman yang berlaku dalam negara seperti rasuah , rusuhan kaum dan konflik agama boleh menjejaskan imej negara seterusnya menjejaskan industri pelancongan.


 Pencemaran Alam Sekitar

Masalah pencemaran alam sekitar juga salah satu halangan bagi
industri pelancongan. Alam sekitar merupakan salah satu impak yang besar terhadap industri pelancongan dengan tujuan menarik minat para pelancong untuk datang ke Malaysia dengan memelihara alam semulajadi serta kebersihannya.Para pelancong yang melancong ke negara ini adalah untuk menikmati pemandangan dan alam semulajadinya yang menarik.Oleh yang demikian, pencemaran alam sekitar sekaligus akan mengganggu industri pelancongan. Ini adalah kerana, banyak tempat menarik telah tercemar dengan sampah sarap, pantai-pantai yang dipenuhi minyak hitam oleh kapal-kapal laut yang berlabuh dan sebagainya.Justeru, semua pihak perlu mengambil tanggungjawab masing-masing untuk menjaga kebersihan alam sekitar untuk menarik lebih ramai pelancong dan menjaga imej sesebuah negara. Petikan daripada Borneo Post Online ( 13 September 2016), Yap Siong Han ;
“Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun berkata terdapat ramai kalangan pelancong yang datang ke negeri ini mengutarakan aduan yang mengatakan bahawa tandas restoran dan awam di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu berada dalam keadaan sangat tidak memuaskan”.


    Isu Moral Pelancong


Sebagai sebuah negara yang majmuk dan penduduknya berpegang kepada nilai-nilai ketimuran dan menjaga adab sopan, kita tentunya berasa tidak senang dengan tindakan pelancong asing yang tidak menghormati budaya kita apabila bertandang ke negara ini.Segelintir para pelancong tidak menghormati budaya serta adat resam masyarakat negara Malaysia.Sebagai contohnya, tangkapan oleh pihak Polis ke atas beberapa pelancong asing yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu.Daripada perlakuan yang ditunjukkan oleh mereka, maka secara tidak langsung mereka telah menghina budaya dan adat resam masyarakat Sabah.Begitu juga, pelancong asing telah membawa bersama mereka nilai-nilai hidup Barat yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat tempatan.Ini dapat dilihat dari segi pemakaian kerana ada diantaranya berpakaian menjolok mata.Selain daripada itu, ada diantara para pelancong datang ke Malaysia dengan tujuan menjalankan aktiviti pelacuran.Kita sering kali mendengar tangkapan pelancong asing di tempat-tempat pelacuran dan  hiburan. Mereka mengambil peluang dengan menggunakan passport lawatan sosial tetapi menyalahgunakannya bagi tujuan pelacuran.


   Pencerobohan sempadan

Pencerobohan sempadan juga merupakan salah satu halangan dalam industri pelancongan pada ketika ini.Negara kita telah digemparkan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah sekitar tahun 2013.Berlakunya insiden ini, para pelancong berasa takut untuk datang melancong ke negara Malaysia. Begitu juga, ia sekaligus menjejaskan sektor perbankan serta sektor perniagaan di sekitarnya. Pada ketika itu, pihak kerajaan telah berusaha membanteras pengganas-pengganas yang menceroboh kawasan tersebut.Kejadian ini telah memberi impak yang besar kepada industri pelancongan.Selain daripada insiden pencerobohan Lahad Datu, negara juga sering mengalami masalah pencerobohan dari segi penyeludupan. Penyeludupan yang semakin berleluasa ini akan mewujudkan persepsi bahawa sempadan negara mudah dibolosi oleh orang asing. Oleh yang demikian, para pelancong akan beranggapan bahawa isu keselamatan dan pengawasan adalah kurang efisyen serta pegawai keselamatan kurang berintegriti. Langkah-langkah yang wajar harus diambil dengan kadar segera bagi mengurangkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku lagi.

No comments:

Post a Comment