Wednesday, 21 September 2016

SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YANG DITAWARKAN UNTUK PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN


Sektor Kerajaan

Kerajaan adalah pemangkin utama dalam meningkatkan lagi ekonomi industri pelancongan di negara Malaysia.Kerajaan akan menggiatkan lagi beberapa program bagi memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Program pelancongan negeri adalah amat penting dalam mempromosikan pelancongan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat antarabangsa.Oleh itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sentiasa berusaha di dalam menyelaraskan program-program pelancongan antara negeri-negeri supaya program-program tersebut dapat dijalankan mengikut jadual yang tidak bertindih, mengikut tema yang sesuai dan dapat dipromosikan di bawah Kempen Pelancongan “Cuti – Cuti 1 Malaysia” yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia.Ini bertujuan supaya pelancong-pelancong yang berminat dengan program ini dapat menghadiri acara-acara tersebut di pelbagai destinasi di seluruh negara dalam waktu yang berbeza.Beberapa program telah dijadualkan pada tahun 2016 oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Salah satunya adalah Citrawarna Malaysia yang akan diadakan pada 25 September 2016 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Program ini merupakan satu program yang memperkenalkan budaya Malaysia kepada negara luar daripada 14 negeri di Malaysia.Pelancong akan mengetahui lebih lanjut pakaian-pakaian tradisional kaum masing-masing, bahasa, adat serta sebagainya daripada pelbagai kaum dan bangsa.
Beberapa program telah diutarakan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia seperti berikut ;

i)                 Sukarelawan Pelancongan
ii)               Malaysia Rumah Keduaku
iii)              Pelancongan Pelajar
iv)             Pelancongan Pendidikan
v)               Agro Pelancongan
vi)             Pelancongan Sukan

          
          Sektor Swasta

Sektor swasta juga memainkan peranan yang besar kepada industri pelancongan negara Malaysia.Salah satu sektor swasta yang banyak memberi impak yang besar kepada industri pelancongan ialah syarikat-syarikat penerbangan seperti AIRASIA dan MALINDO AIR.Syarikat-syarikat penerbangan ini membantu negara dari segi menawarkan harga tambang murah kepada pelanggan-pelangganya.Ini akan menggalakkan lagi para pelancong untuk datang berkunjung di negara Malaysia.Pada kebiasaannya, pihak penerbangan seperti AIRASIA akan menawarkan Tambang Percuma sebanyak 300 juta kepada pelanggannya di seluruh dunia. Oleh yang demikian, maka semua lapisan masyarakat mampu untuk pergi melancong dengan kadar tambang yang murah. Jika dilihat sebelum adanya penglibatan serta kewujudan syarikat penerbangan tambang murah ini, maka, dapat dikatakan bahawa hanya sebilangan sahaja orang yang mampu untuk melancong iaitu orang berkedudukan tinggi.
         








         
         


No comments:

Post a Comment