Dalam konteks dunia hari ini, industri pelancongan
adalah salah satu kegiatan ekonomi dan sosial yang semakin penting.Ini adalah
kerana, industri pelancongan merupakan salah satu penyumbang pendapatan bagi
Negara Malaysia kerana berlakunya pengaliran keluar masuk mata wang asing.Pelancongan
juga menjadi suatu bidang pelaburan baru yang akan memacu industri-industri
lain sejajar dengan wawasan 2020. Didalam industri pelancongan, pelbagai pihak
akan terlibat secara langsung dan tidak langsung seperti sektor pengangkutan, sektor
penginapan, pelancong itu sendiri, sektor membeli belah dan rekreasi, pihak
kerajaan dan sebagainya yang berkaitan. Menurut Leiper (1981) telah menjelaskan
pelancongan sebagai,
“Suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yangluas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang satu hari.”( Leiper,1981)
No comments:
Post a Comment