Industri pelancongan tidak begitu diutamakan pada zaman
kemerdekaan kerana kerajaan lebih mengutamakan kestabilan ekonomi dan
pembangunan negara.Pada ketika itu, pengusahaan bijih timah serta sektor
pertanian lebih diberi perhatian.Walaubagaimanapun, beberapa dasar atau
perbadanan telah diwujudkan seperti Dasar Ekonomi Baru dan Perbadanan
Pelancongan Malaysia (1972). Industri pelancongan mula diberi perhatian pada
awal 80 an kerana kerajaan telah menyedari tentang kepentingan
industripelancongan kepada negara. Sehingga kini, industri pelancongan
merupakan salah satu penyumbang kepada negara pada masa kini. Pada tahun 2014,
industri pelancongan menyumbangkan
pendapatan sebanyak RM161 bilion atau 14.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar
(GDP). Memandangkan industri pelancongan merupakan pemangkin kepada pendapatan
negara, oleh yang demikian pendekatan yang bersepadu perlulah dilaksanakan
secara berterusan.
Peningkatan
dalam industri pelancongan juga sekaligus membantu sektor pengangkutan, sektor
penginapan serta membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat.Kini sektor pelancongan di negara
ini giat memajukan beberapaaspek yang berkaitan dengan keperluan industri ini,
umpamanya mempertingkatkan keupayaan tenaga kerja dalam sektor ini melalui latihan
pembangunan produk pelancongan seperti mempromosikan Malaysia sebagai destinasi
peranginan bukit dan pulau, destinasi membeli-belah,dan upacara-upacara bertema.
Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha
ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada
industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara.
No comments:
Post a Comment