Wednesday, 21 September 2016

SUMBANGAN / KEPENTINGAN INDUSTRI PELANCONGAN KEPADA PEMBANGUNAN MALAYSIA

Industri pelancongan telah memberi sumbangan ketara kepada ekonomi negara sejak pengenalan Program Transformasi Negara (NTP). Industri pelancongan telah memainkan peranan dalam membuka peluang baharu untuk rakyat Malaysia atas kempen yang telah dianjurkan oleh  Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di luar negara. Kempen promosi telah berjaya menampilkan keunikan, keharmonian dan kepelbagaian budaya kita.Beberapa sumbangan telah dikenalpasti apabila industri pelancongan dibangunkan di  Malaysiaiaitu seperti ;


                    i)        Membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat
                    ii)        Pengaliran wang asing
                    iii)       Memperkenalkan budaya dan sejarah Malaysia
                    iv)       Memajukan sektor perniagaan

    Membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat

Industri pelancongan yang semakin pesat kini telah membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada masyarakat terutama sekali dalam sektor perhotelan. Seperti yang diketahui bahawa dengan meningkatnya kehadiran para pelancong maka, pembinaan dalam penghotelan akan bertambah. Oleh yang demikian, ia sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai. Selain daripada sektor perhotelan, sektor pengangkutan juga akan turut berkembang. Dengan adanya peningkatan dalam sektor perhotelan dan pengangkutan, ia akan mengurangkan pengangguran di kalangan masyarakat.Dalam memastikan pergerakan pelancongan berjalan lancar, industri pelancongan akan memerlukan tenaga kerja dalam bidang yang berkaitan. Contohnya masalah seperti pekerja hotel, pemandu pelancong, peniaga makanan dan minuman, peniaga dan pembuat barangan kraf tangan dan sebagainya. Oleh itu, tenaga kerja yang diperlukan adalah dalam kuantiti yang besar dan ia dapat ditawarkan kepada rakyat demi mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.

      Pengaliran wang asing

Pelancong yang datang dari Negara luar terpaksa menukar mata wang negara mereka kepada Ringgit Malaysia sebelum pelancong dapat berbelanja di Malaysia.Oleh yang demikian, ini sekaligus dapat menguntungkan para peniaga yang menjalankan pusat pertukaran wang asing. Selain daripada menguntungkan entiti perniagaaan, ia juga digunakan untuk membeli barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara. Pengaliran wang asing ini penting dan ianya terbukti apabila Malaysia menghadapi krisis kewangan, dengan peningkatan kemasukan pelancong telah memulihkan keadaan ini.Setiap ringgit yang dibelanjakan di dalam negara akan memberi kesan pengganda yang maksimum terhadap ekonomi negara melalui rantaian aktiviti-aktiviti ekonomi. Bermakna seringgit yang dibelanjakan menyumbangkan lebih dari seringgit terhadap KDNK.Kegiatan pelancongan yang aktif akan memudahkan kerajaan dalam menarik minat pelabur asing untuk melabur di negara ini.

     Memperkenalkan budaya dan sejarah Negara Malaysia

Kemasukan pelancong asing ke Malaysia juga memberi impak kepada kita dimana, pelancong dapat mengetahui serta menghayati budaya Negara Malaysia yang berbilang kaum. Seperti yang kita ketahui bahawa, Malaysia mempunyai bilangan kaum yang pelbagai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan keistimewaannya yang tersendiri. Ini dapat memperkenalkan Malaysia dimata dunia apabila para pelancong balik ke tanah air masing-masing.Masyarakat majmuk di negara ini telah membentuk pelbagai kebuadayaan yang unik.Di samping keunikan alatan muzik tradisional, jenis-jenis persembahan kebudayaan yang pelbagai rupa serta corak merupakan daya penarik untuk pelancong asing untuk datang melawat ke Malaysia.Tarian tradisional seperti ngajat, inang serta zapin sering memberi tumpuan kepada pelancong asing.

     Memajukan sektor perniagaan

Industri pelancongan juga banyak membantu meningkatkan keuntungan dalam sektor perniagaan seperti bidang perhotelan, pengangkutan, restoran-restoran, pusat membeli belah dan sebagainya.Pelancong asing kebiasaannya amat menggemari makanan tradisional. Mereka diberi pilihan untuk memilih tempat seperti medan selera, warung di tepi jalan ataupun hotel bertaraf lima bintang. Pelabur asing, pakar runding dan kakitangan syarikat multinasional yang berurusan di negara ini juga akan tertarik dengan kemajuan ekonomi negara yang pesat. Disamping menarik pelabur untuk melabur dalam bidang pelancongan, industri ini juga dapat menarik pelabur-pelabur asing dalam sektor pembinaan, pengangkutan, pembinaan makanan dan sebagainya.
Selain daripada industri-industri yang besar, ia juga dapat membantu industri-industri kecil seperti industri kraftangan. Barangan kraftangan seperti seramik, kain batik, songket, kaca serta kayu adalah salah satu benda yang akan di cari oleh para pelancong untuk dibuat sebagai kenang-kenangan. Kehadiran pelancong akan membuka rezeki kepada pengusaha barangan kraftangan samada yang tinggal di luar bandar mahupun bandar.








1 comment:

  1. Lucky Club Casino Site - Slots & Live Dealer Games - LuckyClub
    Enjoy the best slots and table games at Lucky Club Casino - the only place luckyclub to play slots, blackjack, and live dealer games.

    ReplyDelete