Wednesday, 21 September 2016

KESIMPULAN


Secara amnya, dapat disimpulkan bahawa, industri pelancongan telah memberi impak yang positif serta negatif kepada negara. Walaubagaimanapun, industri pelancongan banyak membantu ekonomi negara iaitu dari segi pendapatan negaraserta memberi manfaat yang tidak ternilai kepada negara kita.Ini adalah kerana industri pelancongan telah mengalami pembangunan dan sekaligus menggalakkan pengaliran wang asing serta menjana perniagaan dan pekerjaan baru.Oleh yang demikian, semua pihak haruslah bekerjasama tidak kira daripada sektor kerajaan mahupun swasta bagi membangunkan lagi industri pelancongan di negara Malaysia.Begitu juga, pelbagai strategi yang efektif harus disusun bagi mengembangkan sektor pelancongan. 



SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YANG DITAWARKAN UNTUK PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN


Sektor Kerajaan

Kerajaan adalah pemangkin utama dalam meningkatkan lagi ekonomi industri pelancongan di negara Malaysia.Kerajaan akan menggiatkan lagi beberapa program bagi memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Program pelancongan negeri adalah amat penting dalam mempromosikan pelancongan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat antarabangsa.Oleh itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sentiasa berusaha di dalam menyelaraskan program-program pelancongan antara negeri-negeri supaya program-program tersebut dapat dijalankan mengikut jadual yang tidak bertindih, mengikut tema yang sesuai dan dapat dipromosikan di bawah Kempen Pelancongan “Cuti – Cuti 1 Malaysia” yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia.Ini bertujuan supaya pelancong-pelancong yang berminat dengan program ini dapat menghadiri acara-acara tersebut di pelbagai destinasi di seluruh negara dalam waktu yang berbeza.Beberapa program telah dijadualkan pada tahun 2016 oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Salah satunya adalah Citrawarna Malaysia yang akan diadakan pada 25 September 2016 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Program ini merupakan satu program yang memperkenalkan budaya Malaysia kepada negara luar daripada 14 negeri di Malaysia.Pelancong akan mengetahui lebih lanjut pakaian-pakaian tradisional kaum masing-masing, bahasa, adat serta sebagainya daripada pelbagai kaum dan bangsa.
Beberapa program telah diutarakan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia seperti berikut ;

i)                 Sukarelawan Pelancongan
ii)               Malaysia Rumah Keduaku
iii)              Pelancongan Pelajar
iv)             Pelancongan Pendidikan
v)               Agro Pelancongan
vi)             Pelancongan Sukan

          
          Sektor Swasta

Sektor swasta juga memainkan peranan yang besar kepada industri pelancongan negara Malaysia.Salah satu sektor swasta yang banyak memberi impak yang besar kepada industri pelancongan ialah syarikat-syarikat penerbangan seperti AIRASIA dan MALINDO AIR.Syarikat-syarikat penerbangan ini membantu negara dari segi menawarkan harga tambang murah kepada pelanggan-pelangganya.Ini akan menggalakkan lagi para pelancong untuk datang berkunjung di negara Malaysia.Pada kebiasaannya, pihak penerbangan seperti AIRASIA akan menawarkan Tambang Percuma sebanyak 300 juta kepada pelanggannya di seluruh dunia. Oleh yang demikian, maka semua lapisan masyarakat mampu untuk pergi melancong dengan kadar tambang yang murah. Jika dilihat sebelum adanya penglibatan serta kewujudan syarikat penerbangan tambang murah ini, maka, dapat dikatakan bahawa hanya sebilangan sahaja orang yang mampu untuk melancong iaitu orang berkedudukan tinggi.
         








         
         


HALANGAN – HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH INDUSTRI PELANCONGAN

Dalam kita berusaha mewujudkan serta membangunkan negara, kita juga telah menghadapi pelbagai halangan dalam industri pelancongan. Beberapa halangan telah dikenalpasti seperti berikut ;

i)       Ketidakstabilan Politik Negara
ii)     Pencemaran Alam Sekitar
iii)    Isu Moral Pelancong
iv)   Pencerobohan Sempadan

     Ketidakstabilan Politik Negara

Jumlah pelancong yang melawat ke negara ini akan berkurang dari masa ke semasa sepanjang ketidakstabilan politik itu berlaku. Kekurangan jumlah pelancong ini berkait dengan keselamatan pelancong yang tidak boleh dijamin keselamatannya.Oleh yang demikian, impak yang paling ketara apabila ini berlaku ialah terhadap industri pelancongan.Selain itu, ketidakstabilan politik juga menyebabkan imej negara turut terjejas. Ramai pelancong tidak akan melancong ke negara ini dan secara langsung mereka akan mempengaruhi rakan-rakan mereka yang lain dengan menceritakan pengalaman mereka sendiri. Imej negara ini juga dikhuatiri akan berlanjutan dalam tempoh yang lama walaupun kestabilan politik telah dicapai disebabkan imej buruk yang telah terjejas. Jelaslah, politik yang tidak stabil akanmemberi kesan yang negative kepada industri pelancongan. Pendapatan negara daripada sumber pelancongan akan terus menurun.Jadi, ketidakstabilan politik memang membawa impak buruk terhadap sektor pelancongan negara. Isu-isu dalaman yang berlaku dalam negara seperti rasuah , rusuhan kaum dan konflik agama boleh menjejaskan imej negara seterusnya menjejaskan industri pelancongan.


 Pencemaran Alam Sekitar

Masalah pencemaran alam sekitar juga salah satu halangan bagi
industri pelancongan. Alam sekitar merupakan salah satu impak yang besar terhadap industri pelancongan dengan tujuan menarik minat para pelancong untuk datang ke Malaysia dengan memelihara alam semulajadi serta kebersihannya.Para pelancong yang melancong ke negara ini adalah untuk menikmati pemandangan dan alam semulajadinya yang menarik.Oleh yang demikian, pencemaran alam sekitar sekaligus akan mengganggu industri pelancongan. Ini adalah kerana, banyak tempat menarik telah tercemar dengan sampah sarap, pantai-pantai yang dipenuhi minyak hitam oleh kapal-kapal laut yang berlabuh dan sebagainya.Justeru, semua pihak perlu mengambil tanggungjawab masing-masing untuk menjaga kebersihan alam sekitar untuk menarik lebih ramai pelancong dan menjaga imej sesebuah negara. Petikan daripada Borneo Post Online ( 13 September 2016), Yap Siong Han ;
“Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun berkata terdapat ramai kalangan pelancong yang datang ke negeri ini mengutarakan aduan yang mengatakan bahawa tandas restoran dan awam di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu berada dalam keadaan sangat tidak memuaskan”.


    Isu Moral Pelancong


Sebagai sebuah negara yang majmuk dan penduduknya berpegang kepada nilai-nilai ketimuran dan menjaga adab sopan, kita tentunya berasa tidak senang dengan tindakan pelancong asing yang tidak menghormati budaya kita apabila bertandang ke negara ini.Segelintir para pelancong tidak menghormati budaya serta adat resam masyarakat negara Malaysia.Sebagai contohnya, tangkapan oleh pihak Polis ke atas beberapa pelancong asing yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu.Daripada perlakuan yang ditunjukkan oleh mereka, maka secara tidak langsung mereka telah menghina budaya dan adat resam masyarakat Sabah.Begitu juga, pelancong asing telah membawa bersama mereka nilai-nilai hidup Barat yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat tempatan.Ini dapat dilihat dari segi pemakaian kerana ada diantaranya berpakaian menjolok mata.Selain daripada itu, ada diantara para pelancong datang ke Malaysia dengan tujuan menjalankan aktiviti pelacuran.Kita sering kali mendengar tangkapan pelancong asing di tempat-tempat pelacuran dan  hiburan. Mereka mengambil peluang dengan menggunakan passport lawatan sosial tetapi menyalahgunakannya bagi tujuan pelacuran.


   Pencerobohan sempadan

Pencerobohan sempadan juga merupakan salah satu halangan dalam industri pelancongan pada ketika ini.Negara kita telah digemparkan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah sekitar tahun 2013.Berlakunya insiden ini, para pelancong berasa takut untuk datang melancong ke negara Malaysia. Begitu juga, ia sekaligus menjejaskan sektor perbankan serta sektor perniagaan di sekitarnya. Pada ketika itu, pihak kerajaan telah berusaha membanteras pengganas-pengganas yang menceroboh kawasan tersebut.Kejadian ini telah memberi impak yang besar kepada industri pelancongan.Selain daripada insiden pencerobohan Lahad Datu, negara juga sering mengalami masalah pencerobohan dari segi penyeludupan. Penyeludupan yang semakin berleluasa ini akan mewujudkan persepsi bahawa sempadan negara mudah dibolosi oleh orang asing. Oleh yang demikian, para pelancong akan beranggapan bahawa isu keselamatan dan pengawasan adalah kurang efisyen serta pegawai keselamatan kurang berintegriti. Langkah-langkah yang wajar harus diambil dengan kadar segera bagi mengurangkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku lagi.

LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA









Bagi mempergiatkan lagi industri pelancongan, kerajaan khususnya perlu mengambil beberapa langkah bagi memperkenalkan Malaysia di mata dunia serta memajukan lagi industri pelancongan. Beberapa langkah seperti ;

          i)        Menjalankan promosi besar-besaran
          ii)        Menyediakan kemudahan asas   
          iii)       Mengekalkan keamanan

                                                                        
 Menjalankan promosi besar-besaran

Promosi merupakan aktiviti yang paling berkesan bagi memperkenalkan Malaysia kepada negera luar.Promosi ini dapat dilakukan melalui media massa di dalam negara dan diluar negara. Promosi tentang destinasi pelancongan yang menarik serta kebudayaan perlu dilaksanakan dengan komitmen. Sebagai contohnya, penggunaan internet dapat memastikan semua pelancong mengakses atau memperoleh maklumat berkenaan dengan destinasi dan aktiviti  pelancongan yang menarik di Malaysia.Seperti yang kita ketahui bahawa, internet merupakan jaringan komunikasi yang amat penting dalam era globalisasi kini.Ini adalah kerana, sesiapa sahaja atau dimana sahaja kita dapat mengakses maklumat menggunakan rangkaian internet.
Selain melalui rangkaian internet, kerajaan juga dapat mempromosikan Malaysia melalui karnival pelancongan.Karnival pelancongan ialah salah satu kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita sebagai destinasi pelancongan.Dalam karnival ini, banyak perkara yang dapat diketengahkan seperti menyediakan pakej-pakej pelancongan yang kompetetif kepada masyarakat antarabangsa.
Begitu juga, mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia dengan lebih berkesan dan melibatkan lebih banyak penyertaan sekaligus menggalakkan pelancong datang ke negara kita dengan lebih besar bilangannya.Selain mengadakan karnival besar-besaran, Malaysia juga boleh mempromosikan Negara dimata dunia dengan menggalakkan para pelancong datang melawat ke Negara melalui Tahun Melawat Malaysia.Kempen ini perlulah dilakukan sepanjang tahun dengan membuat pelbagai acara seperti memperkenalkan kebudayaan serta sukan-sukan yang dimainkan di negara Malaysia.Sebagai contohnya, bagi sukan-sukan yang amat digemari oleh rakyat Malaysia ialah sepak takraw, bermain gasing, congkak, layang-layang dan sebagainya.Ini dapat membuka mata para pelancong supaya mereka berasa berminat untuk turut serta dalam acara tersebut.Promosi ini dapat dijayakan dengan penyertaan oleh badan-badan kerajaan dan swasta.
Program seperti Cuti-Cuti Malaysia juga perlu kerap dijalankan kerana bukan sahaja menumpu kepada para pelancong luar negara malah dari dalam negara juga.Ini membolehkan kemajuan yang berterusan dalam industri pelancongan dengan adanya sokongan daripada luar dan dalam negara.Contoh yang amat ketara sekali adalah Rainforest World Music Festival yang dianjurkan oleh negeri Sarawak pada setiap tahun.Rainforest World Music Festival merupakan salah satu aktiviti yang mempromosikan negara di mata dunia dan sekaligus memajukan industri pelancongan. Melalui aktiviti ini, semua peserta daripada luar negara akan turut serta dalam festival ini. Festival ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai muzik daripada pelosok dunia.

    Menyediakan kemudahan asas

Kemudahan-kemudahan asas yang penting seperti kemudahan jalanraya, sistem pengangkutan, tempat-tempat penginapan yg mencukupi, tempat makan, tandas awam dan sebagainya perludisediakan kepada para pelancong.Dengan adanya kemudahan prasarana yang lengkep serta selesa, ini akan menggalakkan lagi para pelancong untuk mengunjungi Malaysia. Ini adalah kerana, ia akan membolehkan para pelancong untuk bergerak serta sampai ke destinasi yang hendak dituju. Sebagai contohnya, negara Malaysia mempunyai pantai serta pulau yang amat cantik dan ini tidak dapat disangkal lagi kerana khazanah buminya yang istimewa. Oleh yang demikian, kerajaan perlu memberi sokongan padu kepada agensi pelancongan, sektor pengangkutan serta perhotelan dengan menambah feri-feri, bot-bot, chalet-chalet, hotel-hotel bagi memberi kesenangan kepada para pelancong untuk mengelakkan kesesakan

    Mengekalkan keamanan dan keselamatan

Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni.Keamanan perlulah sentiasa dipelihara untuk menggalakkan lagi para pelancong untuk berkunjung ke Malaysia. Jika sesebuah Negara adalah dalam peperangan maka, para pelancong tidak akan datang untuk berkunjung dan ini akan membahayakan nyawa mereka sendiri. Seperti yang diketahui bahawa, Malaysia mempunyai masyarakat majmuk dan setiap kaum mempunyai cara hidup yang berbeza. Namun begitu, Malaysia berjaya mengekalkan keamanan negara semenjak merdeka lagi pada tahun 1957. Ini dapat dibuktikan apabila, masyarakat yang berbilang kaum saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa adanya persengketaan antara mereka. Keamanan yang telah dicapai sehingga kini sekaligus membantu memajukan industri pelancongan kerana para pelancong akan berasa selamat untuk berkunjung di Malaysia tanpa rasa was-was.
Keselamatan juga amat penting dalam sesebuah negara untuk mengelakkan ancaman daripada dalam serta luar negara.Keselamatan negara telah dikawal rapi oleh pihak Polis Diraja Malaysia serta Tentera Diraja Malaysia bagi mengawal keselamatan negara kita serta menjamin keselamatan para pelancong. Ini adalah kerana, kita mudah lupa akan segelintir masyarakat kita yang mudah mengambil kesempatan terhadap para pelancong. Oleh yang demikian, rondaan serta pemantauan haruslah kerap dilakukan untuk mengelakkan dan menangani masalah jenayah ke atas para pelancong.Kejadian-kejadian jenayah seperti meragut, membunuh, merogol, mencabul kehormatan atau penipuan sering kali terjadi.Maka, Unit Keselamatan Pelancong perlulah ditubuhkan untuk mengurangkan risiko-risiko jenayah dan sekaligus dapat menjaga keselamatan para pelancong. Sehubungan dengan itu, para pelancong akan lebih selesa dan selamat untuk berkunjung di Malaysia tanpa rasa ketidakselesaan.


SUMBANGAN / KEPENTINGAN INDUSTRI PELANCONGAN KEPADA PEMBANGUNAN MALAYSIA

Industri pelancongan telah memberi sumbangan ketara kepada ekonomi negara sejak pengenalan Program Transformasi Negara (NTP). Industri pelancongan telah memainkan peranan dalam membuka peluang baharu untuk rakyat Malaysia atas kempen yang telah dianjurkan oleh  Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di luar negara. Kempen promosi telah berjaya menampilkan keunikan, keharmonian dan kepelbagaian budaya kita.Beberapa sumbangan telah dikenalpasti apabila industri pelancongan dibangunkan di  Malaysiaiaitu seperti ;


                    i)        Membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat
                    ii)        Pengaliran wang asing
                    iii)       Memperkenalkan budaya dan sejarah Malaysia
                    iv)       Memajukan sektor perniagaan

    Membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat

Industri pelancongan yang semakin pesat kini telah membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada masyarakat terutama sekali dalam sektor perhotelan. Seperti yang diketahui bahawa dengan meningkatnya kehadiran para pelancong maka, pembinaan dalam penghotelan akan bertambah. Oleh yang demikian, ia sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai. Selain daripada sektor perhotelan, sektor pengangkutan juga akan turut berkembang. Dengan adanya peningkatan dalam sektor perhotelan dan pengangkutan, ia akan mengurangkan pengangguran di kalangan masyarakat.Dalam memastikan pergerakan pelancongan berjalan lancar, industri pelancongan akan memerlukan tenaga kerja dalam bidang yang berkaitan. Contohnya masalah seperti pekerja hotel, pemandu pelancong, peniaga makanan dan minuman, peniaga dan pembuat barangan kraf tangan dan sebagainya. Oleh itu, tenaga kerja yang diperlukan adalah dalam kuantiti yang besar dan ia dapat ditawarkan kepada rakyat demi mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.

      Pengaliran wang asing

Pelancong yang datang dari Negara luar terpaksa menukar mata wang negara mereka kepada Ringgit Malaysia sebelum pelancong dapat berbelanja di Malaysia.Oleh yang demikian, ini sekaligus dapat menguntungkan para peniaga yang menjalankan pusat pertukaran wang asing. Selain daripada menguntungkan entiti perniagaaan, ia juga digunakan untuk membeli barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara. Pengaliran wang asing ini penting dan ianya terbukti apabila Malaysia menghadapi krisis kewangan, dengan peningkatan kemasukan pelancong telah memulihkan keadaan ini.Setiap ringgit yang dibelanjakan di dalam negara akan memberi kesan pengganda yang maksimum terhadap ekonomi negara melalui rantaian aktiviti-aktiviti ekonomi. Bermakna seringgit yang dibelanjakan menyumbangkan lebih dari seringgit terhadap KDNK.Kegiatan pelancongan yang aktif akan memudahkan kerajaan dalam menarik minat pelabur asing untuk melabur di negara ini.

     Memperkenalkan budaya dan sejarah Negara Malaysia

Kemasukan pelancong asing ke Malaysia juga memberi impak kepada kita dimana, pelancong dapat mengetahui serta menghayati budaya Negara Malaysia yang berbilang kaum. Seperti yang kita ketahui bahawa, Malaysia mempunyai bilangan kaum yang pelbagai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan keistimewaannya yang tersendiri. Ini dapat memperkenalkan Malaysia dimata dunia apabila para pelancong balik ke tanah air masing-masing.Masyarakat majmuk di negara ini telah membentuk pelbagai kebuadayaan yang unik.Di samping keunikan alatan muzik tradisional, jenis-jenis persembahan kebudayaan yang pelbagai rupa serta corak merupakan daya penarik untuk pelancong asing untuk datang melawat ke Malaysia.Tarian tradisional seperti ngajat, inang serta zapin sering memberi tumpuan kepada pelancong asing.

     Memajukan sektor perniagaan

Industri pelancongan juga banyak membantu meningkatkan keuntungan dalam sektor perniagaan seperti bidang perhotelan, pengangkutan, restoran-restoran, pusat membeli belah dan sebagainya.Pelancong asing kebiasaannya amat menggemari makanan tradisional. Mereka diberi pilihan untuk memilih tempat seperti medan selera, warung di tepi jalan ataupun hotel bertaraf lima bintang. Pelabur asing, pakar runding dan kakitangan syarikat multinasional yang berurusan di negara ini juga akan tertarik dengan kemajuan ekonomi negara yang pesat. Disamping menarik pelabur untuk melabur dalam bidang pelancongan, industri ini juga dapat menarik pelabur-pelabur asing dalam sektor pembinaan, pengangkutan, pembinaan makanan dan sebagainya.
Selain daripada industri-industri yang besar, ia juga dapat membantu industri-industri kecil seperti industri kraftangan. Barangan kraftangan seperti seramik, kain batik, songket, kaca serta kayu adalah salah satu benda yang akan di cari oleh para pelancong untuk dibuat sebagai kenang-kenangan. Kehadiran pelancong akan membuka rezeki kepada pengusaha barangan kraftangan samada yang tinggal di luar bandar mahupun bandar.








TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN

 Industri pelancongan tidak begitu diutamakan pada zaman kemerdekaan kerana kerajaan lebih mengutamakan kestabilan ekonomi dan pembangunan negara.Pada ketika itu, pengusahaan bijih timah serta sektor pertanian lebih diberi perhatian.Walaubagaimanapun, beberapa dasar atau perbadanan telah diwujudkan seperti Dasar Ekonomi Baru dan Perbadanan Pelancongan Malaysia (1972). Industri pelancongan mula diberi perhatian pada awal 80 an kerana kerajaan telah menyedari tentang kepentingan industripelancongan kepada negara. Sehingga kini, industri pelancongan merupakan salah satu penyumbang kepada negara pada masa kini. Pada tahun 2014, industri  pelancongan menyumbangkan pendapatan sebanyak RM161 bilion atau 14.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP). Memandangkan industri pelancongan merupakan pemangkin kepada pendapatan negara, oleh yang demikian pendekatan yang bersepadu perlulah dilaksanakan secara berterusan.

 Peningkatan dalam industri pelancongan juga sekaligus membantu sektor pengangkutan, sektor penginapan serta membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat.Kini sektor pelancongan di negara ini giat memajukan beberapaaspek yang berkaitan dengan keperluan industri ini, umpamanya mempertingkatkan keupayaan tenaga kerja dalam sektor ini melalui latihan pembangunan produk pelancongan seperti mempromosikan Malaysia sebagai destinasi peranginan bukit dan pulau, destinasi membeli-belah,dan upacara-upacara bertema.


Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha 
ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada 
industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi  negara.

PENGENALAN

Dalam konteks dunia hari ini, industri pelancongan adalah salah satu kegiatan ekonomi dan sosial yang semakin penting.Ini adalah kerana, industri pelancongan merupakan salah satu penyumbang pendapatan bagi Negara Malaysia kerana berlakunya pengaliran keluar masuk mata wang asing.Pelancongan juga menjadi suatu bidang pelaburan baru yang akan memacu industri-industri lain sejajar dengan wawasan 2020. Didalam industri pelancongan, pelbagai pihak akan terlibat secara langsung dan tidak langsung seperti sektor pengangkutan, sektor penginapan, pelancong itu sendiri, sektor membeli belah dan rekreasi, pihak kerajaan dan sebagainya yang berkaitan. Menurut Leiper (1981) telah menjelaskan pelancongan sebagai,

“Suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yangluas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang satu hari.”( Leiper,1981)

          Oleh yang demikian, kerajaan telah menekankan pengekalan dan pemuliharaan tempat bersejarah, peruntukan dan menaiktaraf infrastruktur berkaitan pelancongan dan juga peningkatan kualiti produk pelancongan dan perkhidmatan.